Tuesday, July 26, 2011

Apam beras

Sejak Kak Mar tinggal di Nabawan, tak pernah lagi Kak Mar jumpa peniaga jual apam beras, klu nak makan kena buat sendiri, mujurlah orang-orang zaman sekarang ni suka berkongsi ilmu pengetahuan, taip jer kat internet resepi apam beras, akan keluarlah bermacam-macam resepi apam...mari kita layan gambar apam beras yang Kak Mar ambil resepi dari Blog Azita Kitchen.




Tersangat puas hati dengan apam ni, memang sedap...

Resepi
sumber: Azita Zain

2 cawan nasi
1 1/2 cawan gula ( nak manis tambah lagi )
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 bungkus yis (11 gram)

Cara-cara

1. Kisar nasi bersama gula dan 2 cawan air sehingga halus, ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain masukkan tepung dan yis ( pastikan mangkuk besar sebab adunan akan mengembang ) dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan bancuhan nasi dan 1 cawan baki  air tadi  kedalam mangkuk tepung. Kacau betul2 sebati.
4. Perap selama 3 jam
5. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada acuan ( Kak Mar guna acuan kuih lompang )
6. Ambil sedikit adunan dan titiskan beberapa titik pewarna mengikut kesukaan. kacau rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 10 minit dengan api kuat.
8. Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.






Sunday, July 24, 2011

Apam polkadot versi ladybird

Apam ni sama dengan apam polkadot, tapi agak penat buat apam versi ladybird ni, apapun sebab suka pada  kecomelan ladybird ni, Kak Mar buat jugalah...Resepi sama macam apam polkadot.

 Kak Mar takder pewarna hitam, so kak mar guna pewarna purple jer...



Karipap

Hujung minggu sepatutnya berehat, Kak Mar ngan suami pulak memenuhi pagi minggu kami dengan aktiviti membuat karipap. Siapkan tempahan dari Wyna, Wyna nak balik semenanjung bersalin disana, ambil cuti awal dan terus sambung cuti sehingga akhir tahun.  Dari jam 8 pagi kak Mar dan suami buat karipap sehinggalah jam 2.30 petang...lamakan?  jam 8 pagi tulah baru nak buat inti. Sebelum buat karipap Kak Mar buat kek coklat lembap oder dari wyna juga. Malamnyer siapkan apam beras, sajer untuk makan-makan . Dalam pada masa kami membuat karipap ni, sempatlah suami Kak mar snap gambar mari kita layan....


Inti karipap ( ubi kentang ngan ayam )


Guna acuan standard saiz, klu tak guna acuan macam-macam saiz ada nanti.

Karipap yang dikelim
bab mengelim ni memang Kak mar suka sangat. orang pahang kata "ghalik" = leka

 tara...diantara sebahagian karipap daripada 120 biji yang telah dihasilkan pada hari ini ( 24/7/2011)

Akhirnya siap tempahan ni..TQVM Wyna....
Kak Mar doakan semoga Wyna kuat dan sabar melalui  detik2 melahirkan...


Saturday, July 23, 2011

Brownies Cheese yang dideco

Atas permintaan kawan kak Mar, dia nak brownies yang dihias dengan whipping krim, takpelah Kak mar buatkan, sebenarnya brownies ni lebih sedap makan  dengan coklat ganache jer..  apapun terima kasih Linda kerana memberi kepercayaan kepada Kak Mar menyediakan birthday kek untuk anak Linda. 


Brownies Cheese

Tara...inilah first brownies cheese yang kak Mar buat, kebetulan hubby Kak Mar baru beli camera DSLR, apa lagi orang kata "mengetest" kepandaian bermain dengan teknologi canggih dari camera Canon60D. menyelerakan? Brownies ni rich dengan coklat, resepinya ada letak coklat bar dan coklat powder. Ditambah pula dengan rasa cheese. Bagi  penggemar cheese dan coklat inilah brownies yang sesuai. tapi ada lagi brownies yang letak cheese di ats coklat brownies. Nanti kalau Kak Mar buat, kak Mar akan upload disini k... Resepi brownies cheese ni, Kak Mar ambil dari internet jg, nanti kalau kak Mar rajin Kak Mar add resepi, kalau tak sabar nak cuba taip je kat google Brownies layer cheese..selamat mencuba! nanti kalau dah lulus buat, bolehlah niaga macam Kak Mar hehehe...

Friday, July 22, 2011

Rendang Ayam ala Kak Mar

Hmmm....sedapnya rendang ayam makan dengan pulut, lemang atau nasi himpit. Rendang ayam Kak Mar ni colournya agak hijau sebab kak Mar tak letak cili kering. Letak cili padi semata-mata. Resepi nanti Kak Mar add.



Resepinya:

1 ekor ayam

*segenggam cili padi ( agak-agak jer nanti klu tak pedas tambah lah lagi )
*2 inici kunyit hidup
*2 inci halia
*8 biji bawang kecil
*4 biji bawang putih
*1 biji bawang besar
*1 batang serai

4 inci lengkuas ( 1 inci dikisar bersama bahan bertanda * )
2 batang serai diketuk
santan  dari 2 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
asam keping secukupnya
gula kabong secukupnya
garam secukupnya
4 - 5 helai daun limau purut
daun kunyit ( dihiris halus ) secukupnya

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam dan potong mengikut kehendak masing-masing.
2. Blend semua bahan yang bertanda *
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak ( ikut kesesuan bahan kisar ) jgn terlalu banyak.
3. Tumiskan serai yang diketuk sehingga wangi, kmdn campakkan bahan tumis tak perlu sehingga garing .
4. Kmdn masukkan ayam  dan dikacau sehingga sebati dengan bahan kisar tadi.
5. Masukkan santan sehinga tenggelam ayam dalam kuali, kacau rata kmdn masukkan sedikit garam, gula kabong, asam keping dan daun limau purut.
6. bila kuah dah hampir pekat masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris nipis, masak sehingga agk kering. Siap untuk dihidangkan.

BISKUT TAT GULUNG NENAS

Tak lama lagi bulan Ramadhan, kawan-kawan Kak Mar dah mula menanyakan tempahan biskut tat nenas gulung ni. InsyaAllah...memang ada perancangan nak jual biskut tat gulung musim ramadhan tahun ni. Simpanan jem nenas pun masih ada dalam peti ais tu, lebihan tempahan dari Cikgu Maznah dan Cikgu Sosilawati. Mereka ni memang selalu oder dari Kak Mar. Tak kisahlah apa yang Kak Mar jual mesti mereka beli. TQVM...

Malam esok Kak Mar kena siapkan tempahan tat gulung satu balang (anggaran 100 biji) khas untuk Wyna, Kak Mar doakan semoga Wyna selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan. 



Thursday, July 21, 2011

SouffleJapannese Cheese Cake



Souffle Japannese Cheese Kek

Kek tempahan pertama yang Kak Mar deco

 Souffle Japannese Cheese Cake



 Brownies layer cheese kukus


 Souffle Japannese Cheese Kek


  Souffle Japannese Cheese Kek


 Souffle Japannese Cheese Kek


 Brownies yang telah dideco


Souffle Japannese Cheese Kek

Tuesday, July 19, 2011

Rindunya kat kampung halaman...

Tak sabar Kak Mar nak pulang beraya di kampung, mana taknya dah dua tahun kak Mar tak menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tercinta, jadi tahun ni Kak Mar dan husband merancang menyambut hari raya di sana. Walaupun giliran raya rumah mak mentua, tp kak mar tak kisah asalkan hari raya kedua tu dah beraya di Pahang( rumah bonda kak Mar). Biasanya bonda Kak Mar buat open house hari raya pertama, raya kedua baru kami sekeluarga pergi beraya ke rumah sedara mara.

Tahun lepas (2010) Kak mar dan adik yang no 2 tu berpakat kongsi sedikit modal membaiki rumah bonda . Alhamdulillah ..sebelum majlis perkahwinan adik yang no 2 tu rumah bonda siap di renovation. maklumlah ahli keluarga semakin bertambah jadi rumah pun kena perbesarkan untuk keselesaan semua....

Rumah yang baru siap di renovation. Masa ni dua hari lagi nak raya, Kak mar pulak tak balik raya , adik just send gambar melalui H.P jer . So tak sempatlah bonda Kak Mar beraya ngan perabot baru, hehehe..


Masih lagi ada dinding papan di belakang tu..


Yang ni dari luar, ok dahlah cucu-cucu Makwan (panggilan anak Kak Mar pada bonda) nak main diluar tu...



Ini bilik adik no 2 tu, masa ni masih kosong tak letak perabot lagi, maklumlah modal nak beli perabot kena tunggu saki baki duit gaji...



Ruang yang agak luas, kat siling tu ayahnda Kak mar berangan nak letak lampu yang canggih manggih tu, tapi tak terbeli lagi, nantilah klu ada rezeki kak mar ajak ayahnda beli di Nilai.



Ha...tu ruang dapur, pintu coklat tu bilik bonda dan ayahnda , pintu yang sebelah kiri peti ais tu bilik kak Mar, dekat dengan dapur kan? senang ...celik jer mata terus g dapur, hahaha...



Rumah bonda kini sudah luas, kalau dulu ruang tamu dibawah ni agak sempat kini dah lebar dan luas, 3 bilik tidur ditambah mengikut standard saiz bilik biasa, 2 bilik siap dengan bilik air dan toilet. lantai pun kemas dengan tile warna yang lembut . Tetapi nak memilih warna dinding ni agak sukar jugak, sebab lain orang lain citarasa. Tapi alhamdulillah pilihan warna ayahnda Kak mar ni menceriakan kediaman teratak bonda.
Kini kami adik beradik memasang angan2 untuk mengubahsuai rumah yang diatas pula. Mudah-mudahan kami adik beradik dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki membaiki lagi teratak bonda ini. 

Murtabak Maggi

Teringat masa duk kat rumah Yong (kawan masa di USIM) umi dia sediakan breakfist ni, masa tu agak terkejut juga tengok hidangan ni, sebab tak tahulah pulak maggi boleh dibuat murtabak. Resepi ni akak jumpa dalam laman web. Kak mar cuba dan hubby Kak Mar cakap sedap cuma kena kurangkan perencah maggi tu, ooo..baru kak mar ingat, kak Mar ambil dari resepi Mat Gebu.  Inti tu boleh guna daging atau sardin atau apa sajer.kak mar guna sardin...tu yang kena kurangkan ckit perencah maggi, sebab sardin pun dah ada perasakan..


Kalau nak buat jeruk bawang tu silalah layari blogspot Mat Gebu, Kak mar cicah ngan kari sotong. emmmm...marvelous....

Ini resepi murtabak inti ikan sardin...

1 paket mee maggi
2 biji telur saiz A
150gm ikan sardin (Kak Mar guna sardin Ayam Brand tin kecil)
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 camca rempah kari ikan
Sedikit daun bawang
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar mentega
Air (kalau guna daging)
garam secukup rasa
Minyak

Cara membuatnya:
1. Celur maggi kemudian toskan
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga perang, kmdian masukkan rempah kari, perencah maggi, serbuk lada hitam dan sardin. Kacau rata dan masak sehingga kering. Kmdn tambah hirisan cili merah dan hijau.Matikan api.
3. Bahagikan inti sardin dan mee maggi kepada dua bahagian, setiap satu bahagian dicampurkan dengan sebiji telur yang dipecahkan dan dipukul rata, dan masukkan hirisan daun bawang.
4.Masak di atas kuali dengan sedikit minyak. Bila bahagian atas dah nampak keras, terbalikkan. Angkat dan hidangkan dengan sos/kuah kari/jeruk bawang.

* Kalua guna inti sardin ni, kak Mar tak buh garam, itupun rasa masin, tapi ikut citarasa masing2 yer...

Selamat Mencuba...

Monday, July 18, 2011

Kek Coklat Lembap

Dah lama Kak Mar tak buat kek ni, last akak buat bulan Mei hari tu, tapi tempahan dari kawan2 tu ada, ni pun siapkan tempahan dari Cikgu Changlun...hehehe kelakar kan nama dia, sama macm tuannya kelakar juga, yang paling best tentang Mr Changlun ni, dia sangat pemurah selalu belanja kawan2 n anak murid dia, 2 biji kek coklat ni pun utk cikgu dan anak murid sekolah dia lah ni...untung kan....semoga bertambah murah rezeki Mr Changlun kita ni. Sebenarnya dia nak oder Souffle Japannese Cheese Cake, tetapi memandangkan stok cheese dah habis akak suggest kan pada dia kek coklat lembap ni, huru hara jugak akak nak siapkan, ce bayangkan dalam jam 8 pagi dia tempah pastu nak ambil jam 6 petang, 3 biji kek lagi tu... mujurlah malam sebelum tu Kak Mar ada masak lebih lauk kari sotong, tghari tu akak just masak telur dadar ngan kangkung goreng belacan...meh kita layan gambar Kek Coklat Lembab yang dah decorate ala kadar... awat susah sangat nak upload gambar ni, dari petang tadi Kak Mar cuba upload tp failed lah...

ok dah berjaya upload... nilah dia kek coklat lembap dengan whipping cream+ hirisan badam (menghabiskan stok)


yang ni daun dan tulisan jer Kak Mar guna buttercream, bunga ngan tepi kek tu kak mar guna whipping cream kalau kat Keningau ni kak mar beli kat kedai kek jenama Vivo, mahal sikit dari jenama yang lain.


TERIMA KASIH CIKGU CHANGLUN....

Sebenarnya ada dua resepi kek coklat lembap yang selalu Kak Mar buat, yang atas ni kak Mar guna resepi timbang gram lebih kurang berat sebiji kek 1 kg 500 gm. Besar...

Resepi

Bahan A
100 gm serbuk koko
1 tin susu cair
200 gm minyak jagung/ minyak masak
250 gm susu pekat

Bahan B
150 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

Bahan C
4 biji telur
250 gm gula kastor ( Kak mar kurangkan gula )

Cara-caranya

1. Masukkan bahan A  ke dalam periuk dan masak guna kaedah double boiler. Tidak perlu sehingga mendidih.
2. Pukul bahan C sehingga kembang, kemudian masukkan bahan B
3. Akhir sekali masukkan bahan A ke dalam adunan B+C.
4. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan disapu sedikit mentega, masukkan bancuhan tadi dan  kukuskan kedalam periuk kukusan yang telah menggelegak, tutup pengukus dengan kain atau tutup loyang dengan alumunium foil( alumunium foil tu dibiarkan sedikit terbuka di bahagian tepi )
5. Kukus selama 1 jam. Test ngan garpu, klu melekat tandanya tak masak lagi.

SELAMAT MENCUBA!!






Sunday, July 17, 2011

Oreo Cheese Kek

Teringin bebeno Kak Mar  makan Oreo Cheese Kek hasil air tangan sendiri, 15 hb Julai besday hubby,  so tercapailah hajat Kak Mar menghasilkan Kek Cheese Oreo.. mari kita layan gambar...
Huhuhu....mudah je nak buat kek ni, tap Kak Mar terlebih patah kan oreo untuk dalam kek tu, nampak bersepahlah sikit, bila kek ni dah siap kena sabar tak blh makan terus, sebab kek ni bila dah masak kena sejukkan dalam peti ais baru lah sedap dimakan, klu tak "kureng" . Sebenarnya ada pelbagai jenis resepi untuk Oreo Cheese Kek ni, resepi Oreo cheese kek yang ini Kak Mar ambil dari buku Cheesecake Mania.



Nampak sepahkan oreo dalam kek tu, tp takpe yg penting sedap dimakan..

Resipi Oreo Yoghurt Cheesecake
loyang 7'

Base:
160gm biskut oreo
60gm butter

Cara buat:

Cairkan butter
Biskut oreo di blend sehingga hancur kemudian camprkan dengan butter cair tadi.
masukkan kedalam loyang (guna loyang yang boleh buka di tepi) dan tekapkan dengan sudu sehingga mampat.
bakar selama 5 minit.

Filling:
450gm cream cheese (kak Mar guna jenama PHILADELPHIA)
100gm gula kastor
3 biji telur
120gm yoghurt
1 sdb jus lemon
1 sdb tepung jagung
80gm biskut oreo

cara buat filling:
panaskan oven pada suhu170c
1.Putar cream cheese dan gula sehingga lembut, pukul telur satu persatu bersama cream cheese tadi.
2.Masukkan yoghurt,jus lemon dan tepung jagung kemudian putar sehingga sebati. 
3. Masukkan biskut oreo yang dibuang krim tengah dan setiap satunya dipatahkan kepada 3 bahagian. 
4. Akhir sekali masukkan kedalam loyang dan bakar kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170c selam 40 minit. Bakar dengan menggunakan kaedah water bath.

* Gambar atas tu kak mar guna loyang 8', Kak Mar buat base guna 200gm biskut oreo dan 75gm melted butter.

Sunday, July 10, 2011

SWISS ROLL TUNA

Resepi ni macam resepi roti gulung sardin, cuma swiss roll ni kak Mar gelekkan dengan serbuk roti. Inti sardin kak Mar gantikan dengan chili tuna yang ada di supermarket tu.

Saturday, July 9, 2011

UDANG MASAK MENTEGA

Udang masak mentega dari dapur Kak Mar


Resepinya nanti kak mar tulis yer... tak tahu nak anggar bahan, sebab dah lama tak masak udang ni, yang pasti udang masak ni simple dan pasti lazat.

Friday, July 8, 2011

PANCAKE PISANG


PANCAKE PISANG ALA KAK MAR


Bahan-bahannya:
 3/4 cawan susu segar @ susu cair
 2-3 biji pisang berangan (besar)  
1 biji telur
 2 sudu besar gula tp tak perlu menggunung
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
 1 sudu besar minyak masak
 sedikit garam 

* nak letak esen vanilla pun boleh...
* kalau adunan agak pekat tambahlah susu tu sikit yer...

CARA-CARANYA

1) Blenderkan sekali telur, susu, pisang, garam, gula dan minyak sehingga hancur, then baru masukkan tepung, baking dan soda, blender sehingga sebati. 
2) Kak Mar biarkan adunan tadi selama 15 minit. Selepas tu baru Kak Mar masakkan di dalam kuali non stick.  

Jadikan pancake rasa vanilla sahaja pun boleh, makan dengan blueberry filling, sedap...



Tuesday, July 5, 2011

APAM POLKADOT

Suami Kak Mar takder d rumah, so ingat utk malam ni nak makan kuih yang simple jer, apam polkadot.. boleh buat bekal anak yang sulung si Akid pergi pra sekolah esok. Ok nanti Kak Mar upload gambar apam polkadot, kalau jadilah apam tu...

Ini dia percubaan pertama
APAM POLKADOT yang comel....
anak-anak Kak Mar tersangat suka makan yang baru naik dari dapur, tp klu dah sejuk simpan semalaman jadi kureng power dah... colour yang ceria menarik minat anak2.



Resepi asal apam polkadot
sumber: Internet, sorry Kak Mar Tak ingat ambil dari blog yang maner.

3 biji telur  (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus ( Kak Mar guna 200 gm)
150 ml susu segar (susu cair pun boleh)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
pewarna mengikut kegemaran masing2
filling blueberry @ jem nenas @ apa sahaja mengikut kegemaran masing2

CARA-CARANYA:

1) Campurkan semua bahan pada kelajuan maksima sehingga betul2 kembang
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna dan tambahkan sedikit perasa pada setiap adunan.
3) Picitkan dalam papercup separuh sahaja, kemudian letakkan filling secukupnya.
4) Picitkan lagi adunan menutupi filling tadi dengan adunan yang sama warna atau adunan yang berbeza warna.
5) Akhir sekali dot-dotkan dengan warna pilihan. Berhati2 ketika mendot-dot jangan terbesar sangat, takut dot-dot akan bercantum.
6) Kukus selama 10 - 15 minit.

*Note: Kak Mar tambah paste pada setiap colour. paste pandan utk hijau, paste strawberry untuk merah, paste oren untuk kuning dan rose untuk biru.

SELAMAT MENCUBA!




Salam Ukhwah

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia semua...Kak Mar masih baru dalam dunia blogger, masih mencuba untuk menghasilkan blog yang terbaik. Mengharapkan support dari blogger2 lain. Thanks, pada Nanie Idayu yang cute iaitu teman sekerja dan teman "seperantauan" di SK Pekan Nabawan. Nanie lah yang ajar Kak Mar buat Blog sendiri Thank u so much... singgahlah di blog Nani http:// izieanne.blogspot.com



Permata hati...

Permata hati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Isteri kepada suami yang sangat baik hati, ibu kepada anak-anak yang comel, anak kepada pasangan yang penyayang, Kak Long kepada adik-adik yang memahami Kakaknyer... hehehe..suka ketawa.