Saturday, June 2, 2012

Taman Serai Zamrud( My Home)

Salam semua..

Rasa nak menjerit ni, aaaaaaaaaaaaaaaa!!
hehehe..gimik jer...

Sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan yang sama-sama posting di Nabawan tahun 2005. 

Kak Mie (nama samaran) kenanglah daku dalam doa Kak Mie..

Adat manusia bertemu dan berpisah., mungkin kalau tiada halangan hujung tahun ni kak Mar mohon pindah juga.
psssst.... tapi kena mohon ke Perak, Bagan Serai tempat suami. Hati ni berat je, tapi nak jadi isteri mithali ni kenalah ikut cakap suami.
Ku tak nak jadi isteri derhaka....

Lagipun Kak Mar  ada beli rumah Semi-D di taman Serai Zamrud.

kat bawah ni gambar rumah Kak Mar masa dalam pembinaan, sebenarnya rumah ni dah 2 tahun Kak Mar sewakan. hari tu masa balik Bagan Serai ada Kak Mar ambil gambar terbaru tapi terdelete lah pulak.



Gambar ni Kak Mar ambil dalam Facebook Taman Serai Zamrud. 

Wednesday, May 30, 2012

Dulu lain sekarang lain

Assalamualaikum dan Salam SATU Malaysia...
Lama dah Kak Mar tak menulis dalam blog ni.. Nasib baik masih ingat password, fuhh....

Pagi tadi Kak Mar buka F.B dan agak terkejut sehingga teruja untuk mencari kesahihan gambar tersebut, Nak tahu apa? ha..terlihat gambar Dato Dr Masyitah Ibrahim pakai tudung, 
ya... memang pakai tudung tapi.... 
tak sempurna tidak menutup bahagian dada dan keningnya macam sudah di cukur dan over makeup.
 Agak sedih lah...

Sebab kerana pangkat dan kemewahan nyata sekali ustazah tu sudah berubah dari segi penampilan.  
Mengapa beliau memakai tudung yang terlalu singkat dan mencukur bulu keningnya? 
Satu lagi persoalan..
Adakah suami beliau mengizinkan perubahan tersebut?
sama2 kita renungkan dan mengambil pengajaran dari apa yang kita lihat.


Saturday, January 7, 2012

Along dan Angah

Selamat Tahun Baru!

Bila dihitung kembali agak lama juga Kak Mar tak update blog. Pembukaan tahun 2012 ni Kak Mar nak berkongsi cerita perihal anak-anak Kak Mar yang memasuki alam pra sekolah. Anak kak Mar yang sulong tu sambung pra sekolah 6 tahun. Angah pula baru belajar mengenal dunia pra sekolah umur 5 tahun. Sekolah tempat Kak Mar mengajar.

Alahai...makin bertambahlah tanggungjawab mengurus anak-anak. kalau ikutkan kehendak ni, memang nak sangat pembantu rumah tapi kat sini susah nak cari pembantu, kalau dapat pun kena sedialah risiko pembantu yang macam biskut " chipsmore" sekejap ada sekejap takder..


Alhamdulillah...
Hari pertama semuanya berjalan dengan baik. Along dan Angah "excited" nak pergi sekolah, maklumlah lama sangat bercuti di kampung. Terpancar kegembiraan di muka Angah sebab dapat pergi sekolah bersama Along dan bergaya dengan beg baru, baju baru, kasut baru dan stokin baru.

Risaunyer... anak yang nak sekolah, umi pulak yang lebih2 risau. Yelah... manalh tahu sampai di sekolah si Angah taknak masuk kelas atau menangis takpun dia suruh Kak Mar menunggu.

Fuuhhh, lega... setibanya Angah di kelas dibukanya kasut, beg disimpan di rak kemudian terus duduk di kerusi, tapi..bila dia tengok Along menuju ke kelas lain terus berlari ke kelas Along, taknak berpisah nak belajar dengan along di kelas yang sama. 

Angah memang berani tak macam Along masa mula masuk sekolah. Along agak takut dan menangis masa mula masuk sekolah. tapi mungkin disebabkan Along tiada kawan, Angah pula sebab dah ada Along.

Akak pergi dengan hati yang senang, setelah menghantar dan melihat mereka "ok" di kelas. Kat sini ada pic Along dan Angah setelah bersiap sebelum ke sekolah.







 

Permata hati...

Permata hati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Isteri kepada suami yang sangat baik hati, ibu kepada anak-anak yang comel, anak kepada pasangan yang penyayang, Kak Long kepada adik-adik yang memahami Kakaknyer... hehehe..suka ketawa.