Showing posts with label Murtabak. Show all posts
Showing posts with label Murtabak. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Murtabak mini

Salam Ramadhan dari Kak Mar.....Harapan Kak Mar semoga Ramadhan kali ini dapat menyuburkan rasa tanggungjawab meningkatkan ibadah kepada Maha Pencipta..
Seperti tahun-tahun lepas Ramadhan di Nabawan ini  ternyata jauh berbeza dengan suasana menyambut Ramadhan di kampung halaman. Walaubagaimanapun Kak Mar tetap bersyukur kepada Allah kerana kekurangan disini banyak memberi hikmah kepada Kak Mar dan keluarga.

Disini Kak Mar nak berkongsi rasa dan resepi murtabak mini yang Kak Mar buat dalam Ramadhan ni...tiga hari dah Kak Mar makan murtabak mini.



emmm...semalam Kak Mar buat lagi dan tambahkan bawang yang digoreng sedikit layu dan juga daun bawang, rasanya meletup sebiji macam yang dijual...cewah....tapi gambar kat atas tu tak letak daun bawang, bila letak daun bawang ngan bawang besar, kak Mar jamin takyah beli dah murtabak. hehehe...

ini resepinya:

150 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 1/2 sdb rempah kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit daun sup
daun bawang
minyak
Air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
kulit popia
Telur

Cara-cara

Inti murtabak

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu, apabila sudah layu masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air, masakkan sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan daging cincang kmdian kentang, tambahkan air untuk empukkan kentang dan daging pastu garam dan gula .

3. Apabila sudah empuk dan agak kering masukkan daun sup.

4. Gorengkan setengah biji bawang besar yang dipotong dadu atau ikut suka  dengan sedikit minyak sekadar sedikit layu sahaja dan asingkan.

5. Di dalam mangkuk lain pukul telur dan campurkan kedalam sedikit inti daging tadi. ( Kak mar selalu buat 2 biji telur untuk satu senduk penuh inti)

6. bungkus inti tadi dengan kulit popia macam bungkus popia.

7. panaskan sedikit minyak atas kuali leper dan letak murtabak dalam keadaan bahagian lipatan kulit popia dibawah. ( takut terbuka ). Kemudian balikkan.

8. Sedia dihidangkan.

Tuesday, July 19, 2011

Murtabak Maggi

Teringat masa duk kat rumah Yong (kawan masa di USIM) umi dia sediakan breakfist ni, masa tu agak terkejut juga tengok hidangan ni, sebab tak tahulah pulak maggi boleh dibuat murtabak. Resepi ni akak jumpa dalam laman web. Kak mar cuba dan hubby Kak Mar cakap sedap cuma kena kurangkan perencah maggi tu, ooo..baru kak mar ingat, kak Mar ambil dari resepi Mat Gebu.  Inti tu boleh guna daging atau sardin atau apa sajer.kak mar guna sardin...tu yang kena kurangkan ckit perencah maggi, sebab sardin pun dah ada perasakan..


Kalau nak buat jeruk bawang tu silalah layari blogspot Mat Gebu, Kak mar cicah ngan kari sotong. emmmm...marvelous....

Ini resepi murtabak inti ikan sardin...

1 paket mee maggi
2 biji telur saiz A
150gm ikan sardin (Kak Mar guna sardin Ayam Brand tin kecil)
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 camca rempah kari ikan
Sedikit daun bawang
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar mentega
Air (kalau guna daging)
garam secukup rasa
Minyak

Cara membuatnya:
1. Celur maggi kemudian toskan
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga perang, kmdian masukkan rempah kari, perencah maggi, serbuk lada hitam dan sardin. Kacau rata dan masak sehingga kering. Kmdn tambah hirisan cili merah dan hijau.Matikan api.
3. Bahagikan inti sardin dan mee maggi kepada dua bahagian, setiap satu bahagian dicampurkan dengan sebiji telur yang dipecahkan dan dipukul rata, dan masukkan hirisan daun bawang.
4.Masak di atas kuali dengan sedikit minyak. Bila bahagian atas dah nampak keras, terbalikkan. Angkat dan hidangkan dengan sos/kuah kari/jeruk bawang.

* Kalua guna inti sardin ni, kak Mar tak buh garam, itupun rasa masin, tapi ikut citarasa masing2 yer...

Selamat Mencuba...

Permata hati...

Permata hati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Isteri kepada suami yang sangat baik hati, ibu kepada anak-anak yang comel, anak kepada pasangan yang penyayang, Kak Long kepada adik-adik yang memahami Kakaknyer... hehehe..suka ketawa.