Sunday, August 7, 2011

Murtabak mini

Salam Ramadhan dari Kak Mar.....Harapan Kak Mar semoga Ramadhan kali ini dapat menyuburkan rasa tanggungjawab meningkatkan ibadah kepada Maha Pencipta..
Seperti tahun-tahun lepas Ramadhan di Nabawan ini  ternyata jauh berbeza dengan suasana menyambut Ramadhan di kampung halaman. Walaubagaimanapun Kak Mar tetap bersyukur kepada Allah kerana kekurangan disini banyak memberi hikmah kepada Kak Mar dan keluarga.

Disini Kak Mar nak berkongsi rasa dan resepi murtabak mini yang Kak Mar buat dalam Ramadhan ni...tiga hari dah Kak Mar makan murtabak mini.



emmm...semalam Kak Mar buat lagi dan tambahkan bawang yang digoreng sedikit layu dan juga daun bawang, rasanya meletup sebiji macam yang dijual...cewah....tapi gambar kat atas tu tak letak daun bawang, bila letak daun bawang ngan bawang besar, kak Mar jamin takyah beli dah murtabak. hehehe...

ini resepinya:

150 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 1/2 sdb rempah kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit daun sup
daun bawang
minyak
Air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
kulit popia
Telur

Cara-cara

Inti murtabak

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu, apabila sudah layu masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air, masakkan sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan daging cincang kmdian kentang, tambahkan air untuk empukkan kentang dan daging pastu garam dan gula .

3. Apabila sudah empuk dan agak kering masukkan daun sup.

4. Gorengkan setengah biji bawang besar yang dipotong dadu atau ikut suka  dengan sedikit minyak sekadar sedikit layu sahaja dan asingkan.

5. Di dalam mangkuk lain pukul telur dan campurkan kedalam sedikit inti daging tadi. ( Kak mar selalu buat 2 biji telur untuk satu senduk penuh inti)

6. bungkus inti tadi dengan kulit popia macam bungkus popia.

7. panaskan sedikit minyak atas kuali leper dan letak murtabak dalam keadaan bahagian lipatan kulit popia dibawah. ( takut terbuka ). Kemudian balikkan.

8. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Permata hati...

Permata hati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Isteri kepada suami yang sangat baik hati, ibu kepada anak-anak yang comel, anak kepada pasangan yang penyayang, Kak Long kepada adik-adik yang memahami Kakaknyer... hehehe..suka ketawa.