Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts
Thursday, July 21, 2011
Monday, July 18, 2011
Kek Coklat Lembap
Dah lama Kak Mar tak buat kek ni, last akak buat bulan Mei hari tu, tapi tempahan dari kawan2 tu ada, ni pun siapkan tempahan dari Cikgu Changlun...hehehe kelakar kan nama dia, sama macm tuannya kelakar juga, yang paling best tentang Mr Changlun ni, dia sangat pemurah selalu belanja kawan2 n anak murid dia, 2 biji kek coklat ni pun utk cikgu dan anak murid sekolah dia lah ni...untung kan....semoga bertambah murah rezeki Mr Changlun kita ni. Sebenarnya dia nak oder Souffle Japannese Cheese Cake, tetapi memandangkan stok cheese dah habis akak suggest kan pada dia kek coklat lembap ni, huru hara jugak akak nak siapkan, ce bayangkan dalam jam 8 pagi dia tempah pastu nak ambil jam 6 petang, 3 biji kek lagi tu... mujurlah malam sebelum tu Kak Mar ada masak lebih lauk kari sotong, tghari tu akak just masak telur dadar ngan kangkung goreng belacan...meh kita layan gambar Kek Coklat Lembab yang dah decorate ala kadar... awat susah sangat nak upload gambar ni, dari petang tadi Kak Mar cuba upload tp failed lah...
ok dah berjaya upload... nilah dia kek coklat lembap dengan whipping cream+ hirisan badam (menghabiskan stok)
yang ni daun dan tulisan jer Kak Mar guna buttercream, bunga ngan tepi kek tu kak mar guna whipping cream kalau kat Keningau ni kak mar beli kat kedai kek jenama Vivo, mahal sikit dari jenama yang lain.
SELAMAT MENCUBA!!
ok dah berjaya upload... nilah dia kek coklat lembap dengan whipping cream+ hirisan badam (menghabiskan stok)
yang ni daun dan tulisan jer Kak Mar guna buttercream, bunga ngan tepi kek tu kak mar guna whipping cream kalau kat Keningau ni kak mar beli kat kedai kek jenama Vivo, mahal sikit dari jenama yang lain.
TERIMA KASIH CIKGU CHANGLUN....
Sebenarnya ada dua resepi kek coklat lembap yang selalu Kak Mar buat, yang atas ni kak Mar guna resepi timbang gram lebih kurang berat sebiji kek 1 kg 500 gm. Besar...
Resepi
Bahan A
100 gm serbuk koko
100 gm serbuk koko
1 tin susu cair
200 gm minyak jagung/ minyak masak
250 gm susu pekat
Bahan B
150 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
Bahan C
4 biji telur
250 gm gula kastor ( Kak mar kurangkan gula )
Cara-caranya
1. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak guna kaedah double boiler. Tidak perlu sehingga mendidih.
2. Pukul bahan C sehingga kembang, kemudian masukkan bahan B
3. Akhir sekali masukkan bahan A ke dalam adunan B+C.
4. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan disapu sedikit mentega, masukkan bancuhan tadi dan kukuskan kedalam periuk kukusan yang telah menggelegak, tutup pengukus dengan kain atau tutup loyang dengan alumunium foil( alumunium foil tu dibiarkan sedikit terbuka di bahagian tepi )
5. Kukus selama 1 jam. Test ngan garpu, klu melekat tandanya tak masak lagi.
SELAMAT MENCUBA!!
Sunday, July 17, 2011
Oreo Cheese Kek
Teringin bebeno Kak Mar makan Oreo Cheese Kek hasil air tangan sendiri, 15 hb Julai besday hubby, so tercapailah hajat Kak Mar menghasilkan Kek Cheese Oreo.. mari kita layan gambar...![]()
Huhuhu....mudah je nak buat kek ni, tap Kak Mar terlebih patah kan oreo untuk dalam kek tu, nampak bersepahlah sikit, bila kek ni dah siap kena sabar tak blh makan terus, sebab kek ni bila dah masak kena sejukkan dalam peti ais baru lah sedap dimakan, klu tak "kureng" . Sebenarnya ada pelbagai jenis resepi untuk Oreo Cheese Kek ni, resepi Oreo cheese kek yang ini Kak Mar ambil dari buku Cheesecake Mania.
Nampak sepahkan oreo dalam kek tu, tp takpe yg penting sedap dimakan..
Resipi Oreo Yoghurt Cheesecake
loyang 7'
Base:
160gm biskut oreo
60gm butter
Cara buat:
Cairkan butter
Biskut oreo di blend sehingga hancur kemudian camprkan dengan butter cair tadi.
masukkan kedalam loyang (guna loyang yang boleh buka di tepi) dan tekapkan dengan sudu sehingga mampat.
bakar selama 5 minit.
Filling:
450gm cream cheese (kak Mar guna jenama PHILADELPHIA)
100gm gula kastor
3 biji telur
120gm yoghurt
1 sdb jus lemon
1 sdb tepung jagung
80gm biskut oreo
cara buat filling:
panaskan oven pada suhu170c
1.Putar cream cheese dan gula sehingga lembut, pukul telur satu persatu bersama cream cheese tadi.
2.Masukkan yoghurt,jus lemon dan tepung jagung kemudian putar sehingga sebati.
3. Masukkan biskut oreo yang dibuang krim tengah dan setiap satunya dipatahkan kepada 3 bahagian.
4. Akhir sekali masukkan kedalam loyang dan bakar kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170c selam 40 minit. Bakar dengan menggunakan kaedah water bath.
* Gambar atas tu kak mar guna loyang 8', Kak Mar buat base guna 200gm biskut oreo dan 75gm melted butter.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Permata hati...
About Me
- Marziati (Kak Mar)
- Isteri kepada suami yang sangat baik hati, ibu kepada anak-anak yang comel, anak kepada pasangan yang penyayang, Kak Long kepada adik-adik yang memahami Kakaknyer... hehehe..suka ketawa.