Thursday, August 11, 2011

Kuih sagu


Sumber: ibu mentua

1 cawan sagu
3/4 cawan gula
sirap
1@ 2  helai daun pandan
6 cawan air
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

Cara-caranya:
1. Maukkan 3 cawan air dulu, gula dan daun pandan dalam kuali, masak sehingga mendidih.
2. Masukkan pula sagu. kacau sehingga agak  pekat, kemudian masukkan secawan dan kacau, ulang sehingga habis 2 cawan baki air tadi. Kacau sehingga pekat dan likat, memang akan ada biji-biji putih tu sikit-sikit.  
4. Angkat dan simpan dalam bekas yang mudah untuk dipotong, sejukkan dan potong sedia dinikmati dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam.






Sunday, August 7, 2011

Murtabak mini

Salam Ramadhan dari Kak Mar.....Harapan Kak Mar semoga Ramadhan kali ini dapat menyuburkan rasa tanggungjawab meningkatkan ibadah kepada Maha Pencipta..
Seperti tahun-tahun lepas Ramadhan di Nabawan ini  ternyata jauh berbeza dengan suasana menyambut Ramadhan di kampung halaman. Walaubagaimanapun Kak Mar tetap bersyukur kepada Allah kerana kekurangan disini banyak memberi hikmah kepada Kak Mar dan keluarga.

Disini Kak Mar nak berkongsi rasa dan resepi murtabak mini yang Kak Mar buat dalam Ramadhan ni...tiga hari dah Kak Mar makan murtabak mini.



emmm...semalam Kak Mar buat lagi dan tambahkan bawang yang digoreng sedikit layu dan juga daun bawang, rasanya meletup sebiji macam yang dijual...cewah....tapi gambar kat atas tu tak letak daun bawang, bila letak daun bawang ngan bawang besar, kak Mar jamin takyah beli dah murtabak. hehehe...

ini resepinya:

150 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 1/2 sdb rempah kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit daun sup
daun bawang
minyak
Air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
kulit popia
Telur

Cara-cara

Inti murtabak

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu, apabila sudah layu masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air, masakkan sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan daging cincang kmdian kentang, tambahkan air untuk empukkan kentang dan daging pastu garam dan gula .

3. Apabila sudah empuk dan agak kering masukkan daun sup.

4. Gorengkan setengah biji bawang besar yang dipotong dadu atau ikut suka  dengan sedikit minyak sekadar sedikit layu sahaja dan asingkan.

5. Di dalam mangkuk lain pukul telur dan campurkan kedalam sedikit inti daging tadi. ( Kak mar selalu buat 2 biji telur untuk satu senduk penuh inti)

6. bungkus inti tadi dengan kulit popia macam bungkus popia.

7. panaskan sedikit minyak atas kuali leper dan letak murtabak dalam keadaan bahagian lipatan kulit popia dibawah. ( takut terbuka ). Kemudian balikkan.

8. Sedia dihidangkan.

Wednesday, August 3, 2011

Kuih Tepung Pelita

Kuih Tepung Pelita




Tiba bulan Ramadhan ni, terasa nak makan kuih tradisional yang manis2. Kuih tepung pelita ni salah satu kuih kegemaran Kak Mar. Resepi ni tersangatlah mudah tak perlu dikukus hanya masak diatas dapur kacau sehingga pekat kemudian tuang dalam acuan.

Resepi tepung pelita

lapisan bawah

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
sedikit air kapur
sedikit air daun pandan

Lapisan atas

4 sudu besar tepung beras
4 cawan santan ( daripada sebiji kelapa )sedikit garam

Cara-cara lapisan bawah
 Bancuh semua bahan sehingga sebati dan masak didalam periuk sehingga berkilat.
Kemudian angkat dan tuang di dalam acuan daun pandan yang telah siap dibungkus atau kedalam mana2 acuan.

bahagian atas
 Masukkan tepung kedalam 4 cawan santan dan letak sedikit garam, kacau sehingga pekat, angkat santan dan tuangkan ke atas lapisan tepung di dalam acuan tadi. sejukkan dan sedia dihidangkan...


Permata hati...

Permata hati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Isteri kepada suami yang sangat baik hati, ibu kepada anak-anak yang comel, anak kepada pasangan yang penyayang, Kak Long kepada adik-adik yang memahami Kakaknyer... hehehe..suka ketawa.