Saturday, June 2, 2012

Taman Serai Zamrud( My Home)

Salam semua..

Rasa nak menjerit ni, aaaaaaaaaaaaaaaa!!
hehehe..gimik jer...

Sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan yang sama-sama posting di Nabawan tahun 2005. 

Kak Mie (nama samaran) kenanglah daku dalam doa Kak Mie..

Adat manusia bertemu dan berpisah., mungkin kalau tiada halangan hujung tahun ni kak Mar mohon pindah juga.
psssst.... tapi kena mohon ke Perak, Bagan Serai tempat suami. Hati ni berat je, tapi nak jadi isteri mithali ni kenalah ikut cakap suami.
Ku tak nak jadi isteri derhaka....

Lagipun Kak Mar  ada beli rumah Semi-D di taman Serai Zamrud.

kat bawah ni gambar rumah Kak Mar masa dalam pembinaan, sebenarnya rumah ni dah 2 tahun Kak Mar sewakan. hari tu masa balik Bagan Serai ada Kak Mar ambil gambar terbaru tapi terdelete lah pulak.



Gambar ni Kak Mar ambil dalam Facebook Taman Serai Zamrud. 

Wednesday, May 30, 2012

Dulu lain sekarang lain

Assalamualaikum dan Salam SATU Malaysia...
Lama dah Kak Mar tak menulis dalam blog ni.. Nasib baik masih ingat password, fuhh....

Pagi tadi Kak Mar buka F.B dan agak terkejut sehingga teruja untuk mencari kesahihan gambar tersebut, Nak tahu apa? ha..terlihat gambar Dato Dr Masyitah Ibrahim pakai tudung, 
ya... memang pakai tudung tapi.... 
tak sempurna tidak menutup bahagian dada dan keningnya macam sudah di cukur dan over makeup.
 Agak sedih lah...

Sebab kerana pangkat dan kemewahan nyata sekali ustazah tu sudah berubah dari segi penampilan.  
Mengapa beliau memakai tudung yang terlalu singkat dan mencukur bulu keningnya? 
Satu lagi persoalan..
Adakah suami beliau mengizinkan perubahan tersebut?
sama2 kita renungkan dan mengambil pengajaran dari apa yang kita lihat.


Saturday, January 7, 2012

Along dan Angah

Selamat Tahun Baru!

Bila dihitung kembali agak lama juga Kak Mar tak update blog. Pembukaan tahun 2012 ni Kak Mar nak berkongsi cerita perihal anak-anak Kak Mar yang memasuki alam pra sekolah. Anak kak Mar yang sulong tu sambung pra sekolah 6 tahun. Angah pula baru belajar mengenal dunia pra sekolah umur 5 tahun. Sekolah tempat Kak Mar mengajar.

Alahai...makin bertambahlah tanggungjawab mengurus anak-anak. kalau ikutkan kehendak ni, memang nak sangat pembantu rumah tapi kat sini susah nak cari pembantu, kalau dapat pun kena sedialah risiko pembantu yang macam biskut " chipsmore" sekejap ada sekejap takder..


Alhamdulillah...
Hari pertama semuanya berjalan dengan baik. Along dan Angah "excited" nak pergi sekolah, maklumlah lama sangat bercuti di kampung. Terpancar kegembiraan di muka Angah sebab dapat pergi sekolah bersama Along dan bergaya dengan beg baru, baju baru, kasut baru dan stokin baru.

Risaunyer... anak yang nak sekolah, umi pulak yang lebih2 risau. Yelah... manalh tahu sampai di sekolah si Angah taknak masuk kelas atau menangis takpun dia suruh Kak Mar menunggu.

Fuuhhh, lega... setibanya Angah di kelas dibukanya kasut, beg disimpan di rak kemudian terus duduk di kerusi, tapi..bila dia tengok Along menuju ke kelas lain terus berlari ke kelas Along, taknak berpisah nak belajar dengan along di kelas yang sama. 

Angah memang berani tak macam Along masa mula masuk sekolah. Along agak takut dan menangis masa mula masuk sekolah. tapi mungkin disebabkan Along tiada kawan, Angah pula sebab dah ada Along.

Akak pergi dengan hati yang senang, setelah menghantar dan melihat mereka "ok" di kelas. Kat sini ada pic Along dan Angah setelah bersiap sebelum ke sekolah.







 

Wednesday, October 19, 2011

ciritera menyambut Syawal 1432H......

Salam lebaran semua.... (hehehehe..sebenarnya lama dah kak mar nak entry ni tapi memandangkan sibuk sangat terpaksa save dalam draft dulu)

lama sangat dah Kak Mar tak update blog, agak penat sikit ramadhan tahun ni.. sibuk menyiapkan tempahan biskut, kena siapkan sebelum balik kampung...alhamdulillah semua tempahan dapat disiapkan dengan bantuan dua orang student suami Kak Mar, sehari sebelum balik ada program penutupan Ihya' Ramadhan di sekolah, hinggakan baju raya Madihah pun tak sempat siap jahit. sedihnyer...

 flight 24/08/2011 KK to KLIA at 6.00 pm
Mak ai!! anak-anak Kak Mar buat hal di airport KK, tak pandai diam ada je keje diorang..melangkah masuk ke airport dah nampak kedai jual coklat, apa lagi melompat-lompat nak..belum naik flight lagi baju dah comot..sabo jelah...
masa nunggu naik flight macam2 ragam, riuhlah kat tempat nunggu tu dengan suara diorang yang suka menjerit-jerit. Bila dah naik fligt lain lagi ragam mereka. Suka sangat pergi kedepan ke belakang...kena tegurlah dengan prmgra, Bila lama sangat duduk mulalah meniarap kat lantai sambil baca buku.  ( buat macam rumah sendiri ) meniarap kat laluan jalan pulak tu... stwdrs pulak lalu lalang, menagis2 lah si Madihah bila kena ambil, dia nak meiarap jugak kat lantai, hilang jugak kesabaran Kak Mar ni, diam-diam cubit Madihah, nak suruh dia diam, tapi tak makan saman betul Madihah, mcm2 cara nak bagi dia diam, akhirnya senyap jugak bila dibagi kacang (mknn kegemaran madihah )

Bersyukur sangat selamat tiba di KLIA, sebenarnya Kak Mar kalau naik flight, seminggu sblm tarikh penerbangan tu dah risau, macam2 fikir.

Thursday, August 11, 2011

Kuih sagu


Sumber: ibu mentua

1 cawan sagu
3/4 cawan gula
sirap
1@ 2  helai daun pandan
6 cawan air
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

Cara-caranya:
1. Maukkan 3 cawan air dulu, gula dan daun pandan dalam kuali, masak sehingga mendidih.
2. Masukkan pula sagu. kacau sehingga agak  pekat, kemudian masukkan secawan dan kacau, ulang sehingga habis 2 cawan baki air tadi. Kacau sehingga pekat dan likat, memang akan ada biji-biji putih tu sikit-sikit.  
4. Angkat dan simpan dalam bekas yang mudah untuk dipotong, sejukkan dan potong sedia dinikmati dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam.






Sunday, August 7, 2011

Murtabak mini

Salam Ramadhan dari Kak Mar.....Harapan Kak Mar semoga Ramadhan kali ini dapat menyuburkan rasa tanggungjawab meningkatkan ibadah kepada Maha Pencipta..
Seperti tahun-tahun lepas Ramadhan di Nabawan ini  ternyata jauh berbeza dengan suasana menyambut Ramadhan di kampung halaman. Walaubagaimanapun Kak Mar tetap bersyukur kepada Allah kerana kekurangan disini banyak memberi hikmah kepada Kak Mar dan keluarga.

Disini Kak Mar nak berkongsi rasa dan resepi murtabak mini yang Kak Mar buat dalam Ramadhan ni...tiga hari dah Kak Mar makan murtabak mini.



emmm...semalam Kak Mar buat lagi dan tambahkan bawang yang digoreng sedikit layu dan juga daun bawang, rasanya meletup sebiji macam yang dijual...cewah....tapi gambar kat atas tu tak letak daun bawang, bila letak daun bawang ngan bawang besar, kak Mar jamin takyah beli dah murtabak. hehehe...

ini resepinya:

150 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 1/2 sdb rempah kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit daun sup
daun bawang
minyak
Air
garam secukup rasa
gula secukup rasa
kulit popia
Telur

Cara-cara

Inti murtabak

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu, apabila sudah layu masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air, masakkan sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan daging cincang kmdian kentang, tambahkan air untuk empukkan kentang dan daging pastu garam dan gula .

3. Apabila sudah empuk dan agak kering masukkan daun sup.

4. Gorengkan setengah biji bawang besar yang dipotong dadu atau ikut suka  dengan sedikit minyak sekadar sedikit layu sahaja dan asingkan.

5. Di dalam mangkuk lain pukul telur dan campurkan kedalam sedikit inti daging tadi. ( Kak mar selalu buat 2 biji telur untuk satu senduk penuh inti)

6. bungkus inti tadi dengan kulit popia macam bungkus popia.

7. panaskan sedikit minyak atas kuali leper dan letak murtabak dalam keadaan bahagian lipatan kulit popia dibawah. ( takut terbuka ). Kemudian balikkan.

8. Sedia dihidangkan.

Wednesday, August 3, 2011

Kuih Tepung Pelita

Kuih Tepung Pelita




Tiba bulan Ramadhan ni, terasa nak makan kuih tradisional yang manis2. Kuih tepung pelita ni salah satu kuih kegemaran Kak Mar. Resepi ni tersangatlah mudah tak perlu dikukus hanya masak diatas dapur kacau sehingga pekat kemudian tuang dalam acuan.

Resepi tepung pelita

lapisan bawah

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
sedikit air kapur
sedikit air daun pandan

Lapisan atas

4 sudu besar tepung beras
4 cawan santan ( daripada sebiji kelapa )sedikit garam

Cara-cara lapisan bawah
 Bancuh semua bahan sehingga sebati dan masak didalam periuk sehingga berkilat.
Kemudian angkat dan tuang di dalam acuan daun pandan yang telah siap dibungkus atau kedalam mana2 acuan.

bahagian atas
 Masukkan tepung kedalam 4 cawan santan dan letak sedikit garam, kacau sehingga pekat, angkat santan dan tuangkan ke atas lapisan tepung di dalam acuan tadi. sejukkan dan sedia dihidangkan...


Permata hati...

Permata hati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Isteri kepada suami yang sangat baik hati, ibu kepada anak-anak yang comel, anak kepada pasangan yang penyayang, Kak Long kepada adik-adik yang memahami Kakaknyer... hehehe..suka ketawa.